BLOG BARU

Assalamualaikum,

Dah lama saya hilang dari radar. Perkenalkan diri saya Hana. Dah lama sebenarnya saya berkecimpung dalam penulisan blog ni. Permulaannya saya bermula dengan blog HanaKhairi Catalog. Ketika itu saya buat dropship sebab saya tengah nak kumpul duit untuk kahwin dan ketika itu juga saya ditugaskan ke Kementerian Kewangan di Jalan Duta (Bahagian Pinjaman Perumahan yang kini telah bertukar nama kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Dalam masa 2 tahun setengah saya buat dropship dengan seorang peniaga dari Pulau Pinang yang Allah temukan saya secara kebetulan dalam Yahoo Messenger ketika tahun 2007-2008, dapatlah saya kumpul duit untuk majlis kahwin. Boleh dikatakan duit makeup, fotografi dan hantaran menggunakan hasil buat dropship.

Tahun 2010, saya tukar blog lagi. Kenapa saya tukar  blog? Pada tahun 2010 saya dapat berpindah kembali ke Johor Bahru setelah beberapa tahun tinggal berjauhan dengan suami. Nak dijadikan pula saya kena tipu dengan dengan seseorang masa tu yang mengatakan dirinya merupakan peniaga dari Brunei. Anda boleh baca coretan penipuan tersebut di link ini. Walaupun taklah beribu-ribu tapi bagi peniaga dropship macam saya ratusan ringgit tu bukanlah mudah nak dapat. Siapa yang pernah buat dropship mesti tahu bagaimana sukarnya nak dapat untung walaupun RM10. Maka saya pun buat blog baru yang diberi nama awekcute.

Tahun 2011 saya melahirkan puteri sulung saya. Saya dipertemukan dengan upline saya master Hayati Napi dan bermulalah perjalanan saya sebagai pengedar Shaklee. Tahun 2014 saya ada buat blog berbayar tetapi sayangnya blog tersebut tidak bertahan lama di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka muncullah blog ini. Saya rasa saya perlu gunakan nama HanaKhairi kerana itulah nama gabungan saya dan ayah saya.

Buat sahabat yang membaca  blog saya ini, saya harap dapat mendoakan saya kuat semangat untuk meneruskan perjuangan dalam berbisnes. Walaupun bukan mudah mengikut sunnah rasulullah tapi apalah salahnya mencuba walaupun sukar.

Sekian dahulu coretan saya buat kali ini.

 

 

Share This

Hana