LEMBUTKAN HATI ANAK DENGAN SURAH ALFATIHAH

credit https://hanamuslimah.wordpress.com/2014/02/19/the-power-of-al-fatihah/

 

Menjadi seorang ibu yang berkerjaya memang amat amat mencabar. Lagi-lagi bila anak masih kecil. Saya ibu bekerjaya yang punya anak seramai tiga orang. Seorang  berumur 6 tahun, seorang 4 tahun dan yang bongsu (setakat ini ) berumur 2 tahun. Penat? Ya memang agak penat. Nasib baiklah anak saya dijaga oleh ibu saya. sekurang-kurangnya saya tidak terlalu kelam kabut bila tersekat dalam kesesakan jalanraya. Ada ketikanya saya rasa down sangat. Yalah saya dan suami masing-masing bekerja. Masing- masing penat. Kalau kurang kesabaran macam-macam boleh jadi. Anak-anak pula masa itulah waktu untuk bermanja dengan kita. Masa itulah nak bercerita itu dan ini.

Puteri sulung saya memang terkenal dengan sifat tidak suka mendengar kata. Perlu diulang berkali-kali barulah ada respon. Kadangkala saya rasa saya ibu yang gagal kerana tidak berjaya mendidik anak-anak saya ‘well behave’ seperti anak-anak orang lain. Itu yang saya rasa. Putera tunggal saya (anak nombor 2) pula sering tantrum jika tidak ditunaikan apa permintaannya. Dia sanggup tidak berhenti menangis selama setengah jam atau hingga dia muntah.  Si kecil pula dengan kaletah yang suka menyepah barang yang telah dikemas. Penat sungguh rasanya kadangkala cuti 2 hari yang diberi rasa bagaikan tidak cukup apabila ditambah dengan karenah anak-anak. Rumah pula sudah tidak serupa rumah.

Permasalahan ini saya kongsikan kepada seorang rakan sepejabat. Beliau memberi solusi dengan surah Alfatihah. Bagaimana? Ambil telapak tangan kanan letakkan di dada kiri. Baca surah Alfatihah dan berdoalah minta apa sahaja yang kita mahu. Mahu anak-anak dilembutkan hati dan mendengar kata atau apa sahaja. Saya cuba buat apa yang rakan saya sarankan dan Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya nampak perubahan dalam diri anak-anak saya. Mereka semakin mudah mendengar kata dan diatur. Paling ketara putera saya yang sebelum itu masih memakai pampers tanpa banyak soal mulai buang air kecil dan air besar di tandas walaupun sebelum itu dia enggan berbuat demikian. Subhanallah hebatnya doa ibu dan Alfatihah.

Share This

Hana