SAYA PENGEDAR SHAKLEE KOTA MASAI, PASIR GUDANG

Pengedar Shaklee Kota Masai, Pasir Gudang

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi bagaimana detik permulaan saya menjadi Pengedar Shaklee Kota Masai, Pasir Gudang. Segalanya bermula dengan set percubaan set menyusu. Agak lama jugalah  sebenarnya saya  buat survey di laman web (asyik menggoogle aje) sepanjang dalam pantang. Almaklumlah anak pertama. Bila anak pertama segalanya tak tahu. Dalam banyak carian terjumpalah set penyusuan Shaklee.

Katanya untuk banyakkan susu dan untuk mengelakkan si ibu ni stress. Hurm masih tak puas hati lagi. Saya search lagi tapi memang majoritinya merekomendasikan set penyusuan Shaklee. Tahun 2011 mana ada produk milk booster macam sekarang.  Sekarang ni pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Macam-macam jenama dan macam-macam harga dari murah hinggalah ke yang paling mahal.

Perubahan Positif Yang Saya Alami Selepas Mengambil Suplemen Shaklee

Dah memang jodoh dengan Shaklee agaknya maka saya pun bersms dengan upline Shaklee saya sekarang, Puan Yati Napi. Saya mulanya hanya beli set bajet sebab sekadar nak mencuba saja. Tak sangka pula bila dah ambil suplemen Shaklee saya rasa lebih bertenaga. Seriusnya lepas berpantang saya memang rasa badan sangat lesu dan penat.

Bila dah penat mestilah saya lebihkan tidur. Haha ini bukan omongan kosong ya. Selepas tempoh berpantang bila suami ajak bersama saya akan bagi alasan penat. Memang saya rasa sangat penat. Sayapun tak tahu kenapa dengan diri saya.

Lagi satu perubahan yang saya perasan saya dah mudah buang air besar. Kalau saya taulah ada suplemen yang membantu saya dengan masalah sembelit taklah saya takut sepanjang tempoh berpantang untuk buang air besar. Dahla luka jahitan bersalin anak pertama panjang dan dalam. Huhu. Kalau ingatkan semula memang ngerilah sampaikan ada satu masa tu saya terpaksa menyusukan anak sambil berdiri kerana betapa mengilunya tempat jahitan lepas bersalin tersebut.

Alhamdulillah itu mimpi ngeri tahun 2011, untuk anak kedua pada tahun 2013 dan anak ketiga pada tahun 2015 segalanya Allah permudahkan mungkin asbab konsisten suplemen Shaklee agaknya. Sebenarnya saya cuma berusaha dan Allah jualah mempermudahkan.

Oh ya, sebenarnya bila anda pengamal suplemen Shaklee saya amat sarankan anda mendaftar sebagai ahli untuk mendapat diskaun berganda (x23).

Bagi mereka yang ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehla menghubungi saya di talian 0177018763.

 

 

 

 

 

Share This

Hana